PASIR PUTEH: Kerajaan Pusat merancang membina jalan empat lorong yang menghubungkan antara bandar di Kelantan bagi mengatasi kesesakan jalan raya, terutama ketika menyambut hari perayaan, khususnya Aidilfitri dan Aidiladha.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata peruntukan itu akan dimohon daripada kerajaan Pusat bagi projek jangka panjang terutama jalan yang menghubungkan Pasir Puteh-Kota Bharu dan Machang-Tanah Merah/Kota Bharu.
"Ia juga untuk menghubungkan Kelantan dengan negeri berjiran seperti Terengganu, Perak dan Pahang," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri peringkat Parlimen Pasir Puteh di sini, semalam. Ia dihadiri lebih 500 penduduk.
Beliau berkata demikian mengulas berhubung masalah kesesakan teruk yang dialami di seluruh jalan raya di Kelantan apabila lebih 100,000 rakyat Kelantan yang bekerja di luar negeri itu pulang bagi menyambut Aidilfitri sejak seminggu lalu.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kesesakan itu disebabkan kebanyakan jalan raya di Kelantan hanya mempunyai dua lorong saja dan tidak dapat menampung bilangan pengguna jalan raya yang semakin bertambah.
"Bilangan penduduk dan jumlah kenderaan semakin bertambah bukan saja pada musim perayaan tetapi juga pada hari biasa," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Persekutuan di Kelantan.
Selain itu, katanya, kesesakan juga berlaku di kebanyakan masjid apabila ada yang terpaksa menunaikan solat Aidilfitri di luar masjid.
Beliau berkata, berdasarkan hakikat itu pelan tindakan mengenainya perlu dilakukan mulai sekarang bagi mengatasi masalah yang lebih buruk pada masa depan. - BH27092009
Monday, September 28, 2009
Saturday, June 13, 2009
RM50mil to extend airport runway
KOTA BARU: A RM50mil fund has been allocated to extend the Sultan Ismail Petra airport runway at Pengkalan Chepa to accommodate bigger and more aircraft, said Transport Minister Datuk Seri Ong Tee Keat.
He said ministry studies showed that the airport was the busiest in the east coast and recorded the highest number of passengers.
The upgrading, he said, was needed to accommodate future expansion of flights to Kota Baru and direct flights from Singapore.
Thirteen towns, except for Kota Baru, have direct flights to Singapore, Ong said, adding that the Government would not neglect Kelantan despite it being under the control of the Opposition.
The MCA president said this in his speech to Kelantan MCA leaders on Thursday night in conjunction with the party’s 60th anniversary.
Ong said since Kuantan and Kuala Terengganu had direct flights to Singapore, it was only fair to upgrade the airport there.
He, however, did not say when the project would start, adding that plans were afoot to have flights from Thailand and other neighbouring countries from the airport.
Such plans, he said, would help increase tourism activities in Kelantan and enable the people secure jobs to enhance their standard of living.
Ong also advised MCA members in the state to carry on the struggle to help the Chinese community despite living in an opposition state.
He said PAS would not rule Kelantan forever and that members must keep the party’s presence alive.
StarOnline - 13.6.09

Wednesday, June 03, 2009
Mercu tanda baru dibangunkan di Kota Bharu
KOTA BHARU 2 Jun - Sebuah lagi mercu tanda di pusat bandar ini akan dibangunkan dalam tempoh terdekat ini yang dikenali sebagai Bazar Tok Guru dan Madinatur Raudah atas tapak seluas 2.36 hektar.
Projek bersepadu di atas tapak bekas Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu yang dibangunkan secara berperingkat akan menyediakan lebih banyak kemudahan ruang bagi peniaga kecil tempatan di samping hotel bertaraf lima bintang dan apartmen.
Ia mempunyai reka bentuk tradisi seni bina Islam dan Melayu yang dijangka akan menjadi salah satu daya tarikan untuk muncul sebagai pusat perniagaan utama dan juga produk pelancongan.
Upacara pecah tanah bagi memulakan projek itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.
Bagaimanapun nilai kos bagi pojek yang akan dilaksanakan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan kerjasama Sensa Timur Sdn. Bhd. sebagai rakan kongsi tidak diumumkan.
Dalam sidang media selepas majlis, Nik Abdul Aziz berkata, fasa pertama melibatkan pembangunan Bazar Tok Guru yang dikhususkan kepada golongan peniaga kecil yang sebelum ini menjalankan perniagaan di Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Bharu dan Arked Uda.
''Jika sebelum ini kebanyakan negeri lain yang membangunkan sesuatu projek akan kehilangan peniaga Melayu kerana kawasan tersebut didirikan rumah mewah, kita akan memastikan perkara yang sama tidak berulang di sini.
''Peniaga lama di pasar MPKB dan Arked Uda berhak beroperasi di kawasan yang lebih strategik, selamat, selesa dan terancang kerana mereka merupakan tulang belakang untuk memasarkan produk-produk tempatan kepada pelancong selama ini." ujarnya.
Katanya, bazar dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan mempunyai 400 unit ruang niaga dan menjual pelbagai produk termasuk kain batik, tudung, pakaian, barang perhiasan yang menarik minat pelanggan.
''Sebagai tambahan kemudahan kepada pengunjung, jalan baru akan dibina bagi menghubungkan Jalan Sultan Ibrahim dan Jalan Mahmood di hadapan Bazar Tok Guru," katanya.
Menurut beliau, pembangunan di kawasan itu kemudiannya akan disusuli dengan pembangunan fasa ke dua dikenali sebagai Madinatur Raudhah.
''Fasa kedua itu mengandungi hotel bertaraf lima bintang, apartmen dan premis-premis perniagaan dan dibuka kepada kumpulan usahawan dan peniaga besar," ujarnya.
Utusan Online 2 Jun 2009

Monday, June 01, 2009
3 projek I'DA World RM1 trilion
Oleh sarah nadlin rohim
sarah.rohim@utusan.com.my
KELANA JAYA 31 Mei - I'DA World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) akan membangunkan tiga projek mega bernilai AS$300 bilion (RM1.06 trilion) di utara Semenanjung.
Tiga projek mega itu membabitkan pembinaan lebuh raya (Hubungan Timur-Barat) dan saluran paip gas dan minyak sepanjang 300 kilometer yang bermula dari Tumpat, Kelantan sehingga Kuala Perlis dan Kuala Kedah, pembangunan di Pantai Sri Tujuh (PS7), pembangunan integrasi di Tumpat serta bandar peranginan di Pasir Mas, Kelantan.
Pengerusi Eksekutifnya, Abdul Rahim Abdul Wahab berkata, pembangunan projek tersebut akan dibiayai melalui inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan tidak menggunakan sumber kerajaan.
''Kita telah mendapat persetujuan daripada kerajaan untuk membangunkan projek tersebut dan ia dijangka bermula pada Ogos ini dan bakal siap sepenuhnya dalam tempoh 20 tahun akan datang.
''Bagi pembiayaan projek-projek tersebut, ia akan dijana daripada syarikat-syarikat berkaitan bersekutu kami, selain aset lain di luar negara untuk meneruskan projek ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya baru-baru ini.
Tambah Abdul Rahim, jumlah pembiayaan awal adalah sebanyak AS$50 bilion (RM174.5 bilion) yang akan dibahagikan kepada tiga pakej, iaitu AS$35 bilion (RM122.15 bilion) untuk PS7, AS$10 bilion (RM34.9 bilion) untuk lebuh raya East-West Link dan AS$5 bilion (RM17.45 bilion) untuk projek Pasir Mas.
Katanya, projek PS7 akan mempunyai pusat perdagangan dan kewangan antarabangsa, pusat pendidikan dan sains serta bandar pelabuhan
Manakala, bandar peranginan pula akan mempunyai pusat pentadbiran seperti Putrajaya, hotel dan resort serta taman tema air.
Selain itu, Abdul Rahim menjangkakan projek tersebut akan menjana lebih sejuta peluang pekerjaan dan membantu memberi peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
''Tujuan utama I'DA World adalah membuka peluang kepada orang ramai selain membantu menjana ekonomi negara,'' katanya.
I'DA world merupakan syarikat pembinaan yang ditubuhkan pada April tahun lalu.
Utusan Online 1 Jun 2009

Subscribe to:
Posts (Atom)